Sahabat

Sahabat

Tuesday, 2 December 2014

Pilihan aku tersendiri

Kadang-kadang kita terlalu mengharapkan seseorang itu sempurna sehingga kita leka yang kita takkan pernah sempurna. Bila ini berlaku, hasutan syaitan akan hadir dan memecahbelahkan ikatan persaudaraan.

Bila hati mula rasa kosong. Kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Malah, untuk menerima cinta yang hadir, sungguh susah. Seakan-akan rasa bersalah menguasai diri setiap detik.

Pintu hati sudah tertutup untuk mana-mana lelaki. Mungkin ini yang terbaik. Akan ku tabahkan jiwa ini untuk tidak jatuh cinta kepada sesiapa pun. Semata-mata impian yang aku mahukan selama ini.

Mungkin, bahagia itu bukan sekarang. Tapi aku pasti, bahagia itu akan jadi milik aku suatu hari nanti. Biarkan apa yang mereka kata, kerana hidup ini aku yang hadapi. Rasa derita, kecewa, sedih, ditinggalkan, semua perasaan yang perit itu sudah pun ku rasa.

Hidup ini sementara. Untuk meneruskan cinta yang tidak pasti, sudah tidak menjadi keutamaan ku lagi. Menghadapi sikap lelaki yang semakin sosial sekarang amat susah. Untuk mencari lelaki yang tidak pernah sentuh rokok terlalu susah. Dan untuk mencari lelaki yg cukup pakej bagi kaum wanita, amat susah.

Jadi, biarkan aku yang rasa. Kerana aku ingin hati aku kuat. Bukan masanya lagi untuk aku mencari cinta. Cinta yang takkan pernah pasti. Perjalanan aku masih jauh. Jauh nun sana. Masih banyak halangan yang perlu aku hadapi. Aku akan tetap mencuba berdiri tegak meskipun aku sudah banyak kali jatuh, tersungkur di hadapan manusia. Berusaha kunci kejayaan.

Wednesday, 19 November 2014

Hidup Ini Indah

Hidup ini amat indah. Semua dugaan yang kita hadapi didunia ini kerana Allah sayang kan kita. Allah, aku sudah jauh dariMu. Cinta di dunia tidak kekal
selain cintaMu Ya Allah. Cinta yang membuatkan aku leka. Cinta yang membuatkan aku jatuh. MasyaAllah. Apa sudah jadi pada diriku. Aku yang membenarkan cinta itu datang dalam hidup aku. Kini, aku menjadi orang yang aku,kawan-kawan aku, dan ibu bapaku tak jangka. Aku membuatkan hati insan lain terluka dengan sikap ku ini. Ya Allah, kau kan lah iman ku ini. Jangan biarkan aku terjerumus dalam t duniawi ini. Berikan lah aku HidayahMu.

Thursday, 14 August 2014

Kenangan

Kawan ? Aku sentiasa ingat jasa-jasa kalian namun dalam masa yang sama, aku juga sentiasa ingat akan kejam nya diri kalian ketika aku meminta maaf. Apa salah ku? Mengapa perasaan benci terhadap ku hadir dalam jiwa kalian? Aku berubah? Allah yang ubah aku. Sekarang, aku terlalu sakit. Sakit dengan sikap kau yang menjadi kawan aku yang talam dua muka. Terima kasih aku ucapkan. Aku akan pergi. Jangan kalian mencari aku lagi di kala kalian susah. Terima kasih.

Thursday, 12 June 2014

Pencipta Dan Tercipta

Dia 
sering menjadi bualan orang
sering menarik perhatian orang
personaliti yang dijaga dengan rapi
mempunyai karisma tersendiri
muka yang matang
membuatkan ramai insan yang jatuh hati

Aku
memang tertarik
tapi tak lah sampai jatuh
mungkin aku memang jenis yang tidak mudah jatuh
dalam hati berkata kata
kacak, punyai karisma, matang, personaliti yang bagus
tapi itu semua hanyalah pandangan mata sahaja
tidak tertembus ke dalam jiwa

Kekasih
akan memimpin kita ke syurga Allah
sentiasa mengingatkan kita tentang Allah
kuasa Nya , ciptaan Nya
walaupun dia tahu dia tidak sempurna

Kekasih
takkan pernah bertanya hal peribadi kita
malah,
dia akan menenangkan kita
menjadi tempat untuk kita luahkan perasaan
tanpa dia memaksa

Wahai rakan
marilah kita menuju ke jalan Allah
merebut untuk mendapatkan hidayah Allah
janganlah kita leka dengan hal dunia

Assalammualaikum

Wednesday, 11 June 2014

Our own life


Perkara ni sering berlaku. Kenapa eh benda ni berlaku? Manusia ni macam-macam ragam. Tak boleh tengok orang senang, gembira, mula lah mulut tu pot pet pot pet. Mengalahkan nenek kebayan. Aku cakap mcm ni pun sebab aku pernah alami. Hahaha no wonder if i say like this. :3 Di dunia ni, punca masyarakat tak berjaya sebab ni la. Terlalu iri hati sampai membuatkan orang tekanan. Tapi kenapa ada juga manusia yang melayan percakapan orang sekeliling? Sedangkan apa yang mereka lalui ialah hidup mereka sendiri. Aku akui mulut orang memang kita tak boleh tutup, Yang paling sakit ialah bila kawan baik, adik beradik dan guru menghina kita,memerli ki seolah-olah kita tidak ada perasaan. Apa yang boleh aku kat, ABAIKAN semua percakapan orang. Manusia takkan pernah puas kacau hidup kita selagi kita tak jatuh.

YOU JUST HAVE TO DO YOUR OWN THINGS, NO MATTER WHAT ANYONE SAYS. IT'S YOUR LIFE. 

 A WEIRD WRITTING FROM : NURUL HIDAYAH


Sunday, 8 June 2014

Mimpi

Enjoy your good life. Wahh..khayalan dah datang dalam minda..haha. Alangkah indah nya kalau aku dapat gapai semua mimpi itu. Okey intan, don't never give up. Make it true. InsyaAllah you can do it intan. Angan-angan tu lah yang membangkitkan semangat kita. Haha well,,semangat aku untuk terus berjaya ialah keluarga aku sendiri. Ibu bapa ku yang paling berharga dalam hidup ni. Chaiyokk intan !! Yes!

Saturday, 7 June 2014

Terima Kasih Semua

Kau Ilhamku.

                                                                                    Kisah bermula,
Dimana,
Berkumpul bersama rakan-rakanku,
Dan guruku,
Menyanyi bersama-sama,
Alangkah indahnya kenangan ini,
Takkan ku lupakan sehingga aku mati.

Bila aku buka lagu ini di youtube,
Serta merta terimbas kembali detik itu,
Daniel memetik gitar,
Dan kami memulakan nyanyian,
Arhh sungguh indah,
Bagaikan mimpi.

Terima kasih cinta, terima kasih wahai kawan, kerana
Kalian sentiasa membuatku tersenyum gembira, walaupun
Hati sedang menangis, kalian ilhamku untuk terus berjaya,
Terima kasih Kasih.. :')

Beribu bintang di langit kini menghilang,
Meraba aku dalam kelam,
Rembulan mengambang kini makin suram,
Pudar ilham ku tanpa arah,
Sedetik wajahmu muncul dalam diam,
Ada kerdipan ada sinar,
Itukah bintang ataupun rembulan,
Terima kasih ku ucapkan,

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu,
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu,

Maafkan lah ,
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu,
Kau senyumlah,
Sekadar memori kita di arena ini,
Kau ilhamku...